Resources Skill

Pusat Sumber Dato’ Radzi SMK Dato’ Sheikh Ahmad sedia menawarkan:

  • masa penggunaan PSS yang optimum.
  • perancangan untuk terus menambah bahan sumbernya
  • bahan sumber PSS menyokong bahasa yang ditawarkan di sekolah seperti Bahasa Cina dan Tamil. (Rujuk Koleksi Bahasa Ibunda)
  • bahan sumber tentang isu global dan perspektif yang pelbagai.

 

PSS memainkan peranan penting dalam pembangunan dan pelaksanaan kurikulum kolaboratif. PSS memainkan peranan utama dalam menyokong perancangan, mengetuai pembangunan kolaborasi dan literasi, dan menyediakan bahan sumber.

Kepakaran dalam penyelidikan  penting dalam perancangan untuk mengintegrasikan kemahiran ATL ke dalam kurikulum. Pengetahuan terhadap bahan sumber dan perkembangan kemahiran murid juga sangat membantu guru dalam merancang tugas pentaksiran yang penting dan mencabar.

 

Guru perlu bekerjasama dengan PSS untuk memastikan perancangan kemahiran ATL secara menegak dan mendatar dalam semua subjek dilakukan. PSS sangat diperlukan untuk membantu guru membangunkan inkuiri merentasi kurikulum, termasuk perkembangan pemikiran kritis, kreatif dan kemahiran kolaboratif. PSS juga memainkan peranan dalam menggalakkan integriti akademik, khususnya dalam kemahiran teknikal seperti kemahiran membuat petikan atau membuat rujukan.

Pengajaran kolaboratif dengan PSS tidak semestinya di dalam perpustakaan, malah ia boleh dilakukan di mana-mana ruang pembelajaran dalam sekolah.

PSS juga memainkan peranan penting dalam menggalakkan aktiviti membaca untuk mengisi masa lapang, yang secara tidak langsung meningkatkan kemahiran ATL, pemerolehan bahasa dan pemahaman antara budaya. PSS harus memastikan buku di dalam perpustakaan menggambarkan ciri terangkum sekolah tersebut. Ini selaras dengan program NILAM yang dijalankan tahun demi tahun.

PSS memainkan peranan penting dalam bekerjasama dengan guru bagi memastikan kurikulum disokong oleh pelbagai bahan sumber yang terkini dan sesuai dengan matlamat dan objektif kumpulan subjek. PSS membantu dalam pemilihan bahan sumber yang menyokong pembelajaran murid dan membolehkan murid beralih dengan pantas daripada peringkat pencarian kepada memproses maklumat dan memperoleh pemahaman yang lebih mendalam. Senarai bahan sumber boleh merangkumi bahan bercetak, laman web, video dan maklumat lain yang berkaitan dan telah diletakkan dalam blog ini untuk tujuan pembelajaran.

 

Penyelidikan

Kemahiran literasi maklumat

Bagaimanakah murid boleh menunjukkan literasi maklumat?  .        Mencari, mentafsir, menilai dan menyediakan maklumat

·        Mengumpulkan, merekodkan dan mengesahkan data

·        Mendapatkan maklumat untuk makluman dan memaklumkan yang lain

·        Membuat hubungan antara pelbagai sumber maklumat

·        Memahami manfaat dan batasan pilihan pembelajaran menggunakan deria peribadi apabila mendapatkan, memproses dan mengingat semula maklumat

·        Menggunakan teknik mengingat untuk membangunkan memori jangka panjang

·        Mempersembahkan maklumat dalam pelbagai format dan platform

·        Mengumpulkan dan menganalisis data untuk mengenal pasti penyelesaian dan membuat keputusan berdasarkan maklumat

·        Memproses data dan melaporkan keputusan

·        Menilai dan memilih sumber maklumat dan peralatan digital berdasarkan kesesuaiannya dalam tugasan khusus

·        Memahami dan menggunakan sistem teknologi

·        Menggunakan kemahiran literasi kritis untuk menganalisis dan mentafsir komunikasi media

·        Memahami dan melaksanakan hak harta intelek

·        Mewujudkan rujukan dan petikan, menggunakan nota kaki/catatan hujung dan menyediakan bibliografi berdasarkan kaedah yang diperakui

·        Mengenal pasti sumber primer dan sekunder

 

Kemahiran literasi media

Bagaimanakah murid boleh menunjukkan literasi media? .         Berinteraksi dengan media untuk menggunakan dan menghasilkan idea dan maklumat

·        Mengesan, menyusun, menganalisis, menilai, mensintesis dan menggunakan maklumat secara beretika daripada pelbagai sumber dan media (termasuk media sosial digital dan rangkaian dalam talian)

·        Menunjukkan kesedaran interpretasi media bagi sesuatu peristiwa dan idea (termasuk media sosial digital)

·        Membuat pilihan berdasarkan maklumat tentang pengalaman pandangan peribadi

·        Memahami impak perwakilan media dan mod persembahan

·        Mencari pelbagai perspektif daripada pelbagai sumber

·        Menyampaikan maklumat dan idea secara efektif kepada pelbagai kumpulan sasaran dengan menggunakan pelbagai format dan media

·        Membandingkan, membezakan dan menghubung kait sumber (multi)media

 

RUJUK POLISI KETELUSAN AKADEMIK DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ SHEIKH AHMAD.

Contoh Penulisan Rujukan Mengikut Format APA

Contoh Penulisan Rujukan Format APA

More on Citation at BIBME

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements
%d bloggers like this: