Inovasi

PADA HARI ISNIN 24 JULAI YANG LEPAS TELAH BERLANGSUNG “PROGRAM PERLIS MAKERS DAY (YOUNG INNOVATORS CHALLENGE ANJURAN PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN KOMPUTER DAN PERHUBUNGAN, UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. OBJEKTIF PROGRAM TERSEBUT IALAH UNTUK MENDORONG PELAJAR UNTUK MENGUASAI ILMU SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK (STEM).

PINGAT PERAK PERTAMA DIGONDOL OLEH PROJEK “ PING PONG MACHINE” IAITU HU JIA CHOON, OOI HAN BING DAN SAW CHIA XIANG PELAJAR DARI KELAS 5 SAINS 1.

PINGAT PERAK SETERUSNYA DIMENANGI OLEH PROJEK “ THE SECOND SIGHT”. AHLI PASUKAN BAGI PROJEK INI IALAH SOO LING TING, LOOI XIAO YAN DAN CHOO CHI YING YANG JUGA MERUPAKAN PELAJAR-PELAJAR DARI KELAS 5 SAINS 1.

PINGAT SETERUSNYA IALAH PINGAT GANGSA IAITU BAGI PROJEK “ PAW FEEDER”. AHLI PASUKAN BAGI PROJEK INI IALAH MUHAMMAD AFNAN NAZMY BIN HAILMY, NUR ANIS SHAHIRAH BT MOHD SHUKRI DAN NURUL AINI ATIKAH BT ZUHAIMI YANG MERUPAKAN PELAJAR-PELAJAR KELAS 4 SAINS 1. SELAIN ITU MEREKA JUGA MEMENANGI “ SMART PRESENTATION AWARD” UNTUK PEMBENTANGAN YANG TERBAIK.

PINGAT GANGSA SETERUSNYA IALAH PINGAT GANGSA BAGI PROJEK E-SHELF. AHLI PASUKAN BAGI PROJEK INI IALAH HAIKAL BIN AZHAR, IFFAT ASYRAF BIN ARIZAN DAN AIFAA NADHIRAH BINTI AMIR WADI DARI KELAS 4 SAINS 1.

 TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PEMENANG!

Advertisements
%d bloggers like this: