ATL

Pendekatan pembelajaran (ATL)

Melalui pendekatan pembelajaran dalam program IB, murid membangunkan kemahiran yang mempunyai kaitan dengan kurikulum, dan membantu mereka “mempelajari cara untuk belajar”. Kemahiran ATL boleh dipelajari dan diajar, ditingkatkan melalui amalan dan berkembang secara berperingkat. Ia menyediakan asas yang kukuh untuk pembelajaran secara bersendirian dan dengan orang lain. Kemahiran ATL membantu murid menyediakan dan menunjukkan pembelajaran melalui pentaksiran yang bermakna. Ia menyediakan bahasa yang sama yang boleh digunakan oleh guru dan murid untuk menggambarkan dan menjelaskan proses pembelajaran.

Program IB mengenal pasti lima kategori kemahiran ATL yang dipecahkan kepada kluster kemahiran yang sesuai dan boleh dibangunkan.

 

Kategori kemahiran ATL Kluster kemahiran ATL MYP
Komunikasi I.                 Komunikasi
Sosial II.                Kerjasama
Pengurusan diri III.              Organisasi
IV.               Afektif
V.                Refleksi
Penyelidikan VI.              Literasi maklumat
VII.            Literasi media
Berfikir VIII.          Berfikiran kritis
IX.             Berfikiran kreatif
X.               Pemindahan

LEARNIG HOW TO LEARN

Advertisements
%d bloggers like this: