Selamat Datang



Selamat Datang ke Pusat Sumber Dato’ Sheikh Ahmad
PUSAT SUMBER merupakan pusat maklumat yang sangat penting terutama bagi institusi pengajian seperti sekolah. Pusat Sumber Sekolah (PSS) berfungsi sebagai pusat pencarian maklumat yang membantu penggunanya, iaitu para pelajar dan guru dalam proses penyelidikan, pembelajaran dan pengajaran. PSS menyediakan prasarana pembelajaran yang kondusif. PSS SMKDSA bermatlamat meningkatkan mutu kurikulum dan ko-kurikulum SMKDSA.
Pusat Sumber SMKDSA dikenali sebagai Pusat Sumber Dato’ Radzi. Ia telah dirasmikan pada Rabu, 26 September 2001, bersamaan 8 Rejab 1422 H oleh Yang Berbahagia Dato’ Radzi bin Tan Sri Sheikh Ahmad DPMP.
KEJAYAAN PSS
Pusat Sumber SMKDSA telah menempa berberapa kejayaan dalam pertandingan seperti berikut:
2017 – ANUGERAH SSQS 5 BINTANG
2007 – 2013 – Pengiktirafan Pusat Sumber bertaraf 5 bintang anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Perlis.
2007 – Pengiktirafan Pusat Sumber Sekolah Menengah Contoh Peringkat PKG Arau.